Wednesday, 14 August 2013

Juliet

Aku pernah tawar hati dengan kau.
Saat kau menghina aku tanpa segan.
Saat kau ambil kesempatan dengan ketiadaan aku.
Saat ada orang lain yang curi hati aku.
Dan juga saat kau musnahkan hubungan aku dan kawan baik aku sendiri

Entah kenapa.
Satu hari tu, aku mainkan lagu.
Melihat kembali foto kita.
Kita dilamun cinta dengan indahnya.
Tanpa pedulikan keadaan sekeliling.
Air mata aku jatuh menitis.

Kerana apa?
Kerana saat itu baru aku sedar.
Aku masih perlukan kau dalam diri ini.
Kau sebahagian daripada aku.
Aku mungkin masih boleh hidup tanpa kau di sisi.
Tapi ianya sukar.

Salah aku kerana terlanjur menyanyangi orang lain.
Tapi sayang aku padanya tak setanding sayang aku pada kau.
Dan aku tak pernah mencintai dia.

Pernah tak seminit kau duduk dan berfikir.
Mengapa aku mencari setitik kasih sayang orang lain?
Pernah?

Jawapannya pasti TIDAK
Kerana kau terlalu ego untuk ambil tahu perasaan aku.

Jika putus untuk penghujung cerita kita.
Aku terima dengan ikhlasnya.
Jaga diri.