Thursday, 22 August 2013

Jauh


Andai aku punya wang. Punya kesempatan pada waktu ini.
Akan ku pergi jauh. Sejauh yang boleh.
Biar mami saja yang tahu ke mana aku pergi.
Aku mahu ketenangan.
Moga aku dapat melupakan apa yg terjadi selama ini.

Ya.
Aku bersalah.
Bersalah kerana mengkhianati hubungan kita ni.
Aku terlanjur menyayangi dia.

Namun,
itu bukan alasan untuk kau terus menerus memerli aku.
Aku juga punya rasa.

Berjuta kali juga aku pernah berkata.
Andai hati tu dah benci sangat.
Kau di persilakan cari perempuan lain untuk gantikan aku di hati kau.
Biar dia terus bertakhta.

Tetapi kau tetap enggan.
Masih ingin terus dengan cinta kita yang makin hambar ini.

Air mata dengan diri ini bagaikan sudah sebati.
Akan turun dengan sendirinya saat hati terlalu marah.
Sedih.

Jika jodoh kita panjang.
InsyaAllah.
Ke jinjang pelamin kita melangkah suatu hari nanti.