Saturday, 19 January 2013

365 hari



Ramai yg tidak tahu .
Mari sini ku beritahu kepada kalian
Apa yg terbuku , apa yg tersimpan di hati
Sehingga luka perit yg aku rasai

Aku hanya mampu berdiam diri
Kadang kala meninggi suara kala marah menguasai jiwa
Namun jauh tersimpan di dada aku cinta

Aku mungkin tidak sempurna
Namun cuba kau lihat sekeliling
Buka mata seluasnya .
Tiada siapa yg sempurna selain Dia

Tatkala makian menjadi santapan
Aku tidak menangis, cuma mata menjadi pedih lalu keluar air mata
Aku kuat , tiada siapa boleh sakitkan aku

Bila rindu sentiasa di fikiran
Tiada yg lain selain dikau.

Saat aku mengharapkan kita bersama.
Kau menghampakan.
Bila aku kata aku terlalu ingin kita bersua
Sekali lagi. Makian menjadi pencuci mulut

Aku bagaikan sudah lali.
Dengan apa yg kau kata. Dengan apa yg kau beri.
Kau ajak aku ke pantai.
Apa salahnya kau redah gerimis yg tidak seberapa untuk aku.
Untuk kita.

Aku malas hendak katakan ya bila kau katakan tidak
Kata muktamad nya tetap tidak
Untuk apa aku di sisi kau jika kau langsung tak ambil peduli perasaan aku sayang ?

Jangan sampai bila tiada lagi kata sabar, cinta dan sayang dalam kamus diri ini.
Aku pertahankan mahligai cinta kita demi tiga perkataan itu

Kalau dulu kau kata tak pernah bosan dengan aku.
Sekarang kau dah makin kerap luahkan isi hati kau
Makin lama makin polak. Makin lama makin bosan.
                          
Salahkah kau untuk menyayangi aku seperti dulu ?
Tepuk dada tanya hati .